Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt, Kita adalah serupa, diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Nya dan untuk memakmurkan dunia ini. Pernahkan kita berfikir apa yang kita lakukan setiap hari itu adakah kita suka atau sengaja kita lakukan tanpa mengira apakah perlakuan kita itu memberi kebaikan kepada kita dan kepada orang disekitar kita. Kita adalah serupa. Jika kita tidak suka kepada sesuatu perkara itu, maka janganlah kita lakukan kerana orang lain juga tidak suka kepada perkara itu kerana kita adalah serupa.
Tahniah Pak Zin kerana sudah punya blog sendiri. Harap-harap blog ini boleh menyumbang ke arah `memanusiakan manusia'.
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan sdr. Kita pasti serupa kerana punya minat yang sama berada di gelanggang media canggih ini. Jangan lupa untuk saling bersama di masa masa terluang.
ReplyDelete