Dulu, saya ke sekolah rendah cukup dengan pakai selipar dan
bawa buku dalam bag mengkuang yang dianyam sendiri oleh emak. Belanja sekolah cuma
sepuluh sen dan kalau emak tak ada duit, saya bawa telur itik dan jual kepada guru-guru
di sekolah untuk buat duit belanja.
Wahai adik-adik dan anak-anak ku, jangan mencemek bibir
kepada tulisan ini, bacalah sehingga habis supaya kau faham dan sedar tentang
untung nasib bangsa mu masa dulu, masa kini dan masa hadapan.
Kau lahir dirumah batu di taman perumahan, semuanya
tersedia lengkap, padang permainan, sekolah, kedai-kedai, klinik dan sebagainya.
Kau pergi sekolah dihantar bapa dengan kereta, kasut dan baju kau dibeli di
pasaraya dingin, bilik tidur kau dilengkapi penghawa dingin dan disinari lampu
neon dan bukannya lampu pelita lagi seperti saya dahulu. Setiap hari lima
ringgit diberi oleh ibu ayah untuk berbelanja. Untuk kesana kemari kau
dibelikan motorsikal ataupun sebuah kereta. Mewah sungguh hidup mu anak-anak
ku.Tak cukup dengan itu diberi pula talipon bimbit supaya senang kau di hubungi
dan berhubung dengan rakan-rakan mu.
Dari manakah kemewahan ini kau perolehi. Datuk nenek mu
bukannya orang kaya yang hartanya di warisi oleh emak abah mu. Sudah tentu ayah
ibu mu sudah berjaya hidupnya masa kini dan mampu memberi segala kemewahan
kebendaan kepada mu dan adik beradik mu yang lain.
Datuk mu cuma orang kampong biasa yang pasti tidak mampu membelanjakan emak abah mu
belajar hingga ke luar negara. Kehidupan mereka bergantung kepada hasil kebun
getah yang sekangkang kera dan hasil bercucuk tanam yang tak seberapa. Tetapi
mereka percaya dengan memberi pelajaran kepada anak-anaknya iaitu emak abah mu,
sudah pasti akan dapat merubah hidup
mereka. Mereka tahu, kerajaan yang ada akan membantu segala-galanya.
Emak abah mu berjaya kerana taraf pelajaran mereka tinggi.
Punya ijazah dari pelbagai universiti. Siapa yang membelanjakan mereka.
Kerajaan mana yang begitu prihatin terhadap peningkatan pelajaran anak bangsa
seperti kerajaaan kita ini. Tak lain dan tak bukan ianya adalah kerajaan BN
yang ada sekarang ini. Jangan kau perdebat kenyataan ini dengan slogan itu
adalah tanggung jawab kerajaan kerana ada banyak kerajaan dalam dunia ini
tidak bertanggung jawab dalam perkara ini. Kau dan adik beradik mu belajar di menara
gading didalam dan luar negara. Siapa yang memberi belanja. Ayah ibu mu mengeluarkan
belanja kepada perkara yang asas sahaja tetapi yuran pengajian, sara hidup dan
perbelanjaan lain ditanggung oleh siapa. Bukan kah ianya ditanggung oleh
kerajaan kita.
Kini kau bergaji besar, berkereta besar, mampu memiliki
rumah di taman-taman elit dan rumah mu dikawal rapi oleh jaga siang dan malam.
Tetapi malangnya, ramai daripada kamu mula meragui peranan kerajaan sekarang
ini dan terang-terangan kau berani berkata kerajaan sekarang ini perlu di
tukar. Sudah butakah mata hati mu. Sudah lupakah segala budi yang diberi. Kau
sanggup menggigit tangan yang menyuap nasi ke mulut mu.
Jangan, jangan buat begitu wahai anak-anak ku. Kau juga akan
punya anak dan cucu. Fikir dan renungkan. Apakah kau mampu memberi sepertimana
yang telah kau perolehi dari kerajaan kita ini dahulu. Cukupkah wang simpanan
mu.
Bukankah perbelanjaan semakin meningkat sekarang ini. Apakah
kau yakin dan percaya kerajaan baru yang hendak kau sokong itu nanti boleh
berbuat seperti kerajaan sekarang ini buat. Ingatlah anak-anak ku, di dalam kilat ada
kilaunya. Dalam silat ada pencaknya.
Kau begitu berani dan lantang mempertikaikan intergriti
pemimpin sekarang. Bagaimana pula dengan intergriti diri mu sendiri. Bagaimana pula intergriti pemimpin yang bakal
kau sokong itu. Insaf dan sedarlah anak-anak ku.
Sanggupkah kau melihat ayam dikepuk mati kelaparan dan itik
di air mati kehausan.
Wahai anak-anak ku, kita adalah serupa, masih perlukan
bantuan dan sokongan kerajaan, kita tidak mampu berpecah kerana perpecahan kita
nanti adalah memberi ruang dan peluang untuk mereka(!!) terus menindas, menghina dan seterusnya
melenyapkan identiti bangsa.
Contoh dan teladan terbentang nyata. Diseberang sana
laungan azan tanpa suara. Nasi sudah menjadi bubur. Identiti bangsa telah
terkubur.
Ini hanyalah sedikit contoh yang saya
ingin kongsikan dan masih banyak lagi
isu-isu lain yang lebih berat dan sensitif untuk diperkatakan.
Justeru, sedarlah wahai anak-anak ku, percayalah, yakinlah,
bukalah mata hati mu seluas-luasnya. Menukar kerajaan bukan perkara mainan.
Salah perhitungan bakal merana sepanjang zaman.
Saya merayu tanpa ada kepentingan. Mata hati ku yakin dan
percaya Melayu akan terus terbela dengan kerajaan yang sedia ada. Semoga ALLAH
SWT akan terus merestui kita semua.
Kalau kita merasakan bahawa gigi kita sudah tajam dan mampu untuk menggigit segalanya, dipersilakan. Tetapi, sekiranya gigitan tersebut tidak membawa kesan kepada yang digigit, fikir-fikirkan.
ReplyDelete